Virtual Research and Innovation Exhibition UniMAP (EREKA) 2022

Ts. Dr. Teo Pao Ter, Pensyarah Kanan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, dan pasukan penyelidikannya telah berjaya memenangi pingat EMAS dalam pertandingan inovasi Virtual Research and Innovation Exhibition UniMAP (EREKA) 2022, anjuran Universiti Malaysia Perlis.

Dr. Teo dan pasukannya telah membentangkan projek inovasi yang bertajuk, “Green Porous Ceramic Thermal Insulator (GreenPCTI) Made From Wood Saw Dust Waste", di bawah Kategori: Chemical, Advanced Material & Plastic. Visi dan misi utama inovasi ini adalah untuk mengitar semula sisa habuk kayu daripada industri perkayuan dan perabut kepada bahan seramik berliang. Seramik berliang tersebut akan digunakan dalam aplikasi penebatan suhu. Diharapkan agar inovasi ini berjaya dikomersilkan dan seterusnya mengatasi masalah lambakan sisa habuk kayu yang perlu dilupuskan pada setiap tahun.

Ts. Dr. Teo Pao Ter